Friday 11 May 2012

U-turn : Chapter 4

BAB 4
Tune of flute under the moonlight shadow and winterfall.


Butang POST aku klik dan automatik ayat itu berada di dinding group yang baru aku join semalam. dari dua orang yang like, bertambah jadi lapan hinggalah dua belas. Kemudian, notification muncul. Eman Han commented on your post. Aku klik dengan pantas.
>I heard that too last night. Did you know who was that?
>A friend of mine.
>Ohyaa? sound classic and a bit emotional. Btw, i've been touched. may I know her/his name?


Alamak. sampai touching-touching ni hape ke bendanya. Tanya nama lagi ? Hamboih. Kalau Maira tahu ni, habis dia brainwash aku. Tapi saudara ni macam interested dengan tune of flute tu aje. Mana lah tau, nak buat album ke apa. Err, nak bagitahu atau tak ek?
>Err , the person is 'a she'. And she is double H.  Humairah Hasni.
>Her account name?

Dusshhh! Kerja gila betullah. Confirm kalau Maira tahu boleh mati ni. Maafkan akulah Maira. Saudara ni macam betul-betul interested.
>"Saya mahu syurga" translate pergi Bahasa Arab.
>Uridul Jannah?


Dah. Dah. Dah, Biarlah sampai sini sahaja conversation melalui comment-comment kami. Lantas aku padam semua comment-comment yang bahaya. Public sangat kut. Matilah aku kali ni kalau Maira tahu.


"HUMAIRAH HASNI???"
"Kau apahal Aiman?"
"Allah reply doa aku cepat sangat Taqwaa. "
Taqwaa menepuk bahuku. "Kuasa Allah kan hebat. Have faith bro. If Allah answered your prayer , He increasing your faith. If He delays, He is increasing your patience. If He does not answer, He has something better for you. By the way, doa apa?"
"Tiupan seruling bambu yang  kita dengar semalam, rupanya adalah orang yang sama dengan muslimat yang aku kata aku ada rasa sesuatu masa dekat booth khat kelmarin."
"Macam mana tau?"
"Her friend post a statues about tiupan seruling tu under the moonlight and winterfall. Aku komenlah, nak tanya siapa yang tiup tu maybe budak tu kenal. Then, dia cakap a friend of her. Aku tanya nama, Subhanallah sama je dengan nama muslimat yang mintak aku ukir dia dengan khat. Lepas tu aku mintak nama akaun fb that muslimat."
Taqwaa gelak. "Advance kau ni. Alhamdulillah. Kau serius? Nak jadikan dia zaujah?"
Diam. "Kau rasa?"
"Ramai je yang dah complete half of his Deen dalam usia kita ni. Aku pun nak kalau boleh. Tapi calon belum ada. Ha ha ha. Kalau the other party tu pun okey, aku rasa tak salah kau terus ikat janji. Tak main lah bro hubungan tanpa status. Biar sesuatu yang pasti."
Tangan meraup muka. "Hasrat hati memanglah nak yang baik-baik belaka en? Tapi aku takut kecewa kot-kot budak tu dah have her owner."
"Tak salah cuba. Kalau betul dah ada owner undur diri. Senang kan?"
"Boleh ke?"
Taqwaa angguk. "Dah add ke budak tu?"
"Alhamdulillah sudah. Aku nak buat sujud syukur kejap."
Taqwaa angguk.


-to be continued-



PROLOG | CHAPTER 1 | CHAPTER 2 | CHAPTER 3 | CHAPTER 4


3 comments:

aisyah aziz said...

continue (: good job dear (:

hasni said...

mna smbungannya, syg?

bunny said...

sambungan ?