Friday 4 January 2013

Doakan saya bahagia dengan dia.


Mungkin aku jauh dengannya,
aku pergi darimu dan hilang dari hidupmu hampir setahun.
Tapi dirimu tetap di hati.

Mungkin aku adalah yang paling lewat sekali untuk mengucapkannya,
paling lambat sekali.

tapi..

Tahukah kamu, aku menyayangi kamu?
Dan kalau boleh, aku ingin terus bersamamu terus menerus mencipta kenangan yang aku rasa terputus setelah habisnya bab hidup di sekolah itu.
Kalau boleh, aku ingin terus menerus mengukir tawa dan senyum bersama mu di sana.
Dan kalau boleh, aku ingin terus menerus bersamamu berjaga di hampir tiap malam-malamku.

tapi, percaturan hidup itu kan Allah yang tentukan?
dan tentunya ia ada hikmah yang tersirat.
siapa tahu?
perpisahan ini akan memaniskan pertemuan di hari kemudian?

Salmi..

Happy belated birthday.

Dan kamu juga Aisyah Humaira,
yang tidak pernah aku temui,
tapi aku boleh sahaja jatuh hati padamu.

Indah bukan Allah hiaskan ukhuwah kita?
Mungkin Allah belum pertemukan kita dan sengaja menciptakan kerinduan kerna mahu memperindahkan dan memaniskan serta mensyahdukan pertemuan itu nanti :) bersabar ya?
ku tahu dirimua yang sering merajuk dengan tabiatku,
yang lambat membalas pesananmu,
yang terkadang perahsia padamu,
yang kamu tahu saya hanya berlakon okey pada kamu,
padahal kamu tahu saya bermasalah.

my bad.
kamu rasa tidak adil bukan,
kerna kamu sahaja yang meluah pada saya,
sedang saya, begitu jarang sekali.

Happy Belated Birthday sayang.
Sanah Helwah 


Buat kamu berdua,
Salmi dan Aishah..

ini hadiah buat kamu..


kongsi-kongsi ya~

dan, saya tahu kek itu tidaklah real untuk menjadi hadiah kamu berdua.
tapi, ini real!
hadiah kedua saya yang lebih berharga :')

...doa...


p/s : sila tadah tangan sekarang semua, readers.
       "Ya Allah ya tuhanku, Aku bermohon kpada Mu, limpahkanlah kasih sayang Mu kepada Salmi dan Aishah, dan kurniakanlah lah dia tempat di syurga Mu. Khusyukkanlah solatnya. sempurnakan ibadatnya. jaga dirinya, jaga maruahnya, Ya Allah. Permudahkan juga setiap urusan dalam hidupnya. Ya Allah, berikan dia juga kejayaan di dunia, agar dia mampu membahagiakan orang tuanya, Ya Allah, kurniakan juga untuk Salmi dan Aishah seorang imam yangg mampu membimbingnya, yang mampu memimpin tangannya di jalanMu. Yang mampu menempahkannya syurgaMu. Ya Allah, kurniakan dia juga nanti, anak-anak yang sooleh dan solehah agar dia mampu membina baitul muslim yang sempurna. Amin Ya Allah.

semoga doa kita untuk Salmi dan Aishah dimakbulkan ya..

untuk kamu berdua,
maaf, hadiah ni simple sangat.
tapi InsyaAllah, doa dari readers ni semua powerful.
:)

Uhibbuki fillah :)
ehehe. ya, doakan saya bahagia dengan mereka berdua :)
kuangkuangkuang.






No comments: