Saturday, 12 January 2013

Pengemis di Pasar Malam di Tanjung Malim.



Buat pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris yang dihormati lagi dikasihi dan disayangi,
Siapa yang pernah pergi Pasar Malam yang terletak di Pekan Tanjung Malim, sila angkat kaki kanan. Eh?

Senyum.
Semua pernah pergi kan?
Ada yang tak pernah pergi?

krikk..krikk..krikk. *bunyi cengkerik.


Dan pada semua yang pernah pergi, tentu sahaja anda akan berjumpa tabung-tabung derma ataupun mak cik pakcik kakak abang adikadik yang duduk di tepi-tepi itu sambil menghulur bekas-bekas kecil bukan?

"Alah, semua tu tipu-tipu belaka"
"Mereka tu pelakon sahaja"
"Mereka tu orang malas-malas sedunia yang tak tahu bekerja"
"Tahu minta sedekah sahaja"

Entah kemana rasa prihatin dan simpati kita bukan?
Laju sahaja caci maki hina bina dituturkan buat mereka yang tak berdaya.

"Hmm, tak berdayalah sangat.."


Anda,
Saya bukannya mahu mengatakan yang mereka itu betul-betul jujur.
Dan saya juga tidak mengatakan yang mereka itu palsu.
Saya tidak mampu menilainya.


Tetapi,
Tegakah kalian melintasi mereka dengan memakan burger Pak Cik Salleh, ataupun Aiskrim Mak Cik Kiah dengan hiliran ais krim di tepi bibir? Tak cukup itu, anda tega mengatakan "yummy yumm" di hadapan mereka tanpa memberi apa-apa?
Manusiakah anda?

Saya tidak menyuruh anda untuk menghulurkan wang sebanyak hatta seringgit sekalipun.
Kerana apa?
Saya juga tahu masing-masing juga ada kalanya berlapar beberapa hari sebab tak cukup duit nak beli baju kurung dan baju melayu di kedai Kak Siti, kan?
Dan kalau nak derma seringgit seorang pada mereka, seringgit didarabkan dengan sepuluh orang dah sepuluh ringgit. Banyakkkk tuuu~


Siyesly, saya juga akan mengatakan itu jumlah yang sangat banyak sebagai pelajar universiti.
*tapi beli baju harga rm50 pandang sebelah mata je terus rembat.
Lumrah.

"Jadi? Bagaimana?
Tak payahlah derma en?"

Salah.


"Habis tu macam mana?"


Senyum. Begini sahabat sahabiah semua.
Apa kata sebelum melangkah ke Pasar Malam itu, sediakanlah wang syiling seposen seposen.
Dua posen dua posen ke.
Lima posen lima posen ke.


"Umtuk apa?"

Senyum. Untuk didermakan.
Andailah ada sepuluh orang yang yang memohon sumbangan, seposen darab dengan sepuluh,
Baru singgit abang kakak adik sayang semua.


"Alah, baik tak payah kalau seposen aje dia dapat.."


Eh. Eh.
Dulu ada belajar math tak sayang?

Kalau ada seribu orang pelajar UPSI yang berbuat sebegini.
Bayangkanlah, seposen darab seribu, sehatus hinggit Mak Cik PakCik Kakak Abang Adik adik tu dapat.
Walaweh! Boleh dah beli beras. Boleh dah untuk dia makan seminggu.

Dan well done, kita telah berganding bahu kawan-kawan untuk hidup beberapa orang susah.
Terharu. Baiknye semua.
Baiknye pelajar UPSI.

Apa lagi?
Ayuh kumpul duit dan derma hatta seposen pun!


5 comments:

Anonymous said...

Nilai bukan ukuran.
Tkasih atas entri anda yg sgt bmnfaat.. =)

Anonymous said...

tahniah kerana saudari sangat prihatin dan berhati mulia...

Dan saya berharap saudari dpt memanjangkan hal ni kepada Jabatan kebajikan Masyarakat Tg Malim supaya nasib mereka semua terbela...


kerana mereka bukan hidup utk semalam di pasar malam...

aliza nuraini said...

@Anonymous Terima kaseh . tetapi bagaimanakah caranya untuk memanjangkan akan hal ini kepada jabatan kebajikan ?

Anonymous said...

ypsru [url=http://louboutinsaleukauthentic.co.uk]christian louboutin sale[/url] aoochp http://louboutinsaleukauthentic.co.uk zjtwn [url=http://redlouboutinshoesuk.co.uk]christian louboutin outlet[/url] qjnlio http://redlouboutinshoesuk.co.uk mqplz [url=http://redlouboutinsuk.co.uk]christian louboutin[/url] mtlyky http://redlouboutinsuk.co.uk toaqg [url=http://discountlouboutinuksale.co.uk]louboutin[/url] yngalq http://discountlouboutinuksale.co.uk xgjxbh http://redlouboutinsuk.co.uk ijnpq [url=http://louisvuittonhandbagsforsales.co.uk]louis vuitton bags[/url] acnxee http://louisvuittonhandbagsforsales.co.uk yiuqi [url=http://cheaplouivuittonbags.co.uk]louis vuitton[/url] rqxwpo http://cheaplouivuittonbags.co.uk cfzcp [url=http://cheapestlouivuittonbags.co.uk]louis vuitton uk[/url] qudwqd http://cheapestlouivuittonbags.co.uk iudw

Sarah Jafar said...

sarah tak pernah pergi .. haha kesian. (-__-)