Sunday 20 January 2013

Sosok Murabbiku kini.


Mungkin aku punya beberapa kumpulan Usrah,
Mungkin akan ada yang persoalkan, ikut Usrah?? Busy lahh.

Bagi aku, sesibuk mana pun aku didunia, aku mahukan Usrah itu terkesan di hatiku.
Aku mahu tautan ukhuwah itu bercampur sebati dalam diriku. Agar, bila mana jahiliyyah menarik-narik aku, terngiang pesan sang Murabbi dan juga ahli Usrah itu memberi pesanan dan peringatan.

Sungguh, aku tidak mahu ketinggalan di belakang mereka,
Sedang mereka berada di syurga dan aku pula di neraka.
Tragis bukan?

Sosok Murobbiku,
Maaf kerana mengagumimu,
Maaf kerana aku ingin jadi sepertimu,
Maaf kerana aku terlalu mencintaimu.

Sang Murobbiku yang aku cintai itu ada pelbagai bentuk perangainya.
Yang pertama, kukagumi dia atas kepimpinan dan kekuatannya.

Siapa sangka dia yang begitu banyak sekali urusannya yang perlu berulang alik ke sana sini,
punya waktu buatku?
punya masa untuk membawa aku memerhati indahnya ciptaan Sang Pencipta.
Dia yang jadualnya dipenuhi dengan mesyuarat-mesyuarat, punya waktu untuk menemani tangisanku.
Dia, ya dia.
Aku cintainya kerana Allah.


Yang kedua, kukagumi dia atas kelucuan dan kecomelannya.
Mungkin kami jarang bertemu, jarang bersua muka,
Tapi dia hidup di hati, dia menemani tiap langkahku di sini dengan bekalan nasihatnya.
Dia dengan sabar mengatur perjumpaan walau terkadang ada antara kami ada yang gagal memenuhi,
TTerima kasih kerana mewarnai hidupku dengan tawamu :')
Aku cinta kamu kerana Allah.

Yang ketiga, kukagumi dia atas kelembutan dan kediamannya.
Siapa sangka dia yang dari jauh kuperhati Allah takdirkan untuk menjadi Murobbiku juga?
Mungkin perkenalan kami didasari jual beli Majalah Jom.
Yang kemudian berputik kepada bunga-bunga cinta tautan ukhuwah di dalam bulatan kecil itu.
Yang mana Allah tentunya memerhati hiliran air mata kami atas pengisiannya,
Aku cinta kamu kerana Allah.


Murabbi-murabbiku semua,
Tanpa izin Allah tentu aku tidak akan mengenali kamu.
Tentu aku tidak akan merasa manisnya kasih seorang kakak yang berbau haruman syurga.
:') Mungkin terkadang kamu lihat aku ke mana-mana tanpa arah tuju.
Dan kamu memandangku dengan pandangan yang menusuk hatiku.
Aku faham pandangan itu.
Itu pandangan cinta kamu.
Pandangan yang mengisyaratkan andai sahaja kalian boleh bersamaku setiap masa untuk bersamaku, bukan?
Menjaga ku dan melindungiku agar syurga itu dapat kita masuki bersama-sama.
Kerna kamu lebih tahu hakikat hidup di dunia yang terlalu bahaya buatku.
Sekali lagi, aku mencintai kalian.
Dan aku pohon doa kalian biar aku terus menerus bertahan di jalan ini.




No comments: