Thursday 25 April 2013

Dandelion : Cerita 1


BAB 1
            Mengadu pada Kak Wanaa, katanya “Ikutlah Usrah..”
            Mengadu pada Kak Huda pula, katanya juga “Ikutlah Usrah..”
            Last sekali mengadu pada Kak Wati, katanya pun sama. “Ikutlah Usrah.”
            Lepas tu, Hana dah give up mahu mengadu pada kakak-kakak geng tudung labuh itu.
            Usrah. Usrah. Usrah. Lagi-lagi usrah. Lagi-lagi usrah. Tak ada jawapan lain ke? Takkan semua solusinya dengan hanya dengan menyertai usrah yang teramat-amat dia alergi itu?
            Usrah tempat di mana senior-senior hanya tahu menunjukkan kuasa kediktatoran mereka? Itu solusinya? Mana mungkin. Buat jiwa bertambah gila adalah.
            Bukan dia tidak pernah mengikuti usrah. Usrah yang diwajibkan pihak sekolah menengah berasramanya dahulu itu. Tapi semuanya hanya tempat mem-brainwash adik-adik. Manunjukkan yang senior itu punya kuasa dan mandat yang besar. Menunjukkan yang senior itu tinggi dan mulia. Konon katanya memarahi untuk membentuk dan membina.
Membentuklah sangat. Jauh sekali membina. Buat jiwa lagi memberontak adalah.

“Hana!”
Wajah yang tadinya tertunduk segera diangkat. Memandang tepat wajah Kak Jainab yang bengisnya mengalahkan isteri yang dirampas suaminya. Pandangan tajam ibarat sebuah nuklear bakal dilepaskan itu membuatkan Hana menundukkan pandangannya semula.Bukan dia tidak berani membalas renungan tajam itu. Tapi itu sudah protokolnya. Apabila senior bercakap dengan junior, junior harus menunduk. Diam dan tidak melawan.
“Kamu tahu apa salah kamu Hana??”
Hana menggeleng tetapi tetap menunduk. Dia mengira di dalam hati. Selama ini solatnya cukup lima kali sehari. Berjemaah pula. Membaca Al-Mathurat berjemaah yang diwajibkan untuk pelajar Tingkatan satu hingga tiga itu pun tidak pernah dia escape. Apalagi bergotong-royong membersihkan surau. Tidak pernah dia tidak menyertai. Apa pula salahnya kali ini?Apa pula yang akan di point oleh Kak Jainab kali ini?
“Kamu tak tahu apa salah kamu??? Betul-betul tak tahu??” Kak Jainab mula menyinga. Tangannya dicekakkan di pinggang.
Hati Hana mula berdegup pantas. Takut jika dia melakukan kesilapan tanpa dia sedar. Dia menggeleng. Sumpah, dia tidak tahu apa salahnya.
“Kamu terima surat cinta dari Abang Ikram kan??” tanya Kak Jainab keras.
Hana mengangkat kepala. Sungguh dan langsung tidak diduga sama sekali dek akalnya yang dia di point hari ini hanya kerana sepucuk surat dari lelaki yang tidak dia kenali semalam.  Hana mengangguk perlahan. Macam mana Kak Jainab boleh tahu? Rakan-rakannya yang lain pun hanya menunduk. Tidak ada yang berani bersuara. Jauh sekali untuk membela.
“Berani kamu ya bermain cinta dengan Abang Ikram??”
Hana menunduk. Oh, nama empunya surat itu Abang Ikram?? Mahu menggelen pun dia takut pula disalah ertikan sebagai melawan. Tapi, siapakah yang patut dipersalahkan jika dia yang hanya menerima surat dan Abang Ikram pula yang memberinya surat. Sepatah pun dia tidak menjawab surat yang diberi oleh Abang Ikram itu. Sumpah! Malah surat itu pun sudah berada di dalam tong sampah.
“Kenapa diam??”
Hana mengangkat muka. “Saya tak balas pun surat tu, kak..”
“Ha! Sahlah Abang Ikram bagi kamu surat kan?? Kamu ke sekolah ini buat belajar tahu? Bukan menggedik pada abang senior!”
Geram. Tapi Hana cuba membisikkan pada hatinya sendiri agar bersabar. Bukan ada untungnya bertekak dengan Kak Jainab ini.
Lain kali, jaga sikit diri tu. Tak perlu nak menggedik sana-sini. Dah tahu hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong, nak jugak pergi menggedik dengan abang senior ya?Dasar perempuan gatal!”
Ayat terakhir Kak Jainab itu terasa berdesing di telinga. Wajah diangkat berani. Mata dibulatkan melawan panahan tajam mata Kak Jainab. Terasa ada seperti arus elektirik yang mengalir melalui panahan mata keduanya. Ini bukan teguran membina. Ini teguran menghina namanya. Lagipun dia yakin dan pasti itu bukan salahnya kalau Abang Ikram yang mengirimkannya surat berbau cinta. Dan tidak pernah langsung terlintas di akal fikirannya mahu menggedik pada abang senior itu. Menggoda apatah lagi. Kak Jainab ini sudah melampau!
Hana segera berdiri berhadapan Kak Jainab. Puas rakan di sebelahnya menarik tangannya untuk dia duduk semula dan jangan melawan. Terima sahaja. Tapi dia peduli apa? Makin dibiar makin naik kepala.
“Mulut Kak Jainab tak ada insurans ke nak cakap saya ini murahan?? Kenapa salahkan saya? Kenapa tidak Kak Jainab menyalahkan Abang Ikram kekasih hati akak itu sendiri kerana menggatal dengan saya?? Kalau dah kekasih akak itu playboy orangnya, terima sahajalah kak. Tak perlu menuding jari pada orang lain!”
“Kau berani melawan aku?!”
“Berani kerana saya benar! Dan ini balasannya kerana mengatakan saya ini perempuan gatal.”
Hana melibas tangannya dan hinggap di pipi Kak Jainab. Papp!
Puas dengan tindakannya, dia melangkah keluar. Tapi dendam mereka itu tidak berhenti di situ. Malamnya, Hana dipanggil ke bilik Kak Jainab. Pada mulanya dia malas hendak layan. Tetapi Kak Jainab mengugutnya pula. Lalu dia terpaksa pergi juga ke bilik Kak Jainab.
Dan malam itu juga dia dipaksa berlutut semalaman di hadapan Kak Jainab dan beberapa orang senior yang lain. Bukan itu sahaja. Dia juga jadi mangsa simbahan air dalam kesejukan malam itu. Lebih teruk lagi dia dipaksa meminum air rendaman surat khabar.

Ahh! Manakan tidak dia begitu membenci perkataan usrah itu. Selepas kejadian malam itu, dia terus meminta ibunya memindahkan dia ke sekolah lain. Sekolah apapun asalkan sekolah itu tidak punya that so-called Usrah! Dan akhirnya ibunya memasukkan dia ke dalam sekolah menengah swasta di mana dia sudah mula lupakan Tuhan.

“Termenung jauh??”
“Ehh??” Hana melemparkan sengihan pada roomatenya, Helenna. Helenna gadis bertudung labuh itu lebih mesra dipanggil Helenn. Walaupun dia bertudung labuh, Helenn tidak seperti kakak-kakak tudung labuh yang lain yang sering memaksanya untuk mengikuti Usrah, Hingga dia jadi jemu dengan perkataan itu.
“Memikirkan apa?”
“Tarappapa. Cuma rindukan rumah.”
“Aku pun rindukan rumah. Entah bila boleh balik, kan?”
Hana mengangguk berulang kali. “Helenn dari mana? Keluar tak bagitahu pun tadi..”
“Kau tidur lena sangat tadi aku tengok. Kasihan pula aku nak kejut. Errr.. Tak perlulah kau tahu aku dari mana.. Hehehe..”
Hana mengangguk faham. Melihat Helenn mengeluarkan tafsir Al-Quran bersaiz kecilnya dari dalam beg lalu disimpannya di atas meja, Hana sudah mengerti, Helenn baru pulang dari usrahnya. Helenn sudah sedia maklum dia tidak suka akan Usrah sebab itulah Helenn tidak menjawab pertanyaannya tadi. Apalagi bila usrah itu disebut-sebut. Sungguh, dia alergi! Tapi Helenn ini jenis memahami orangnya. Tak pernah Helenn menyebut tentang Usrah padanya.

“Barangsiapa dibiarkan sesat oleh Allah, maka tidak ada yang mampu memberi petunjuk..”

Al-A’raf : 186



...Previous / Next ...

No comments: