Thursday 25 April 2013

Dandelion : Cerita 3


BAB 3

           
            “Jalan macam siput!”
            Hee. Krun menyengih.
            “Lambat tahap Ecdysis..”
            “Tahulah kau pakar biology kat sekolah kita dulu, tak payah nak guna Ecdysis segala bagailah. Hiperbola sangat!”
            “Pakar tak pakar, kau pun dapat jugak A pelass kan? Tak payah nak cakap akulah kalau kau pun sama.”
            “Itu pun selepas berhempas pulas bila kau jadi tutor. Masa trial PM semua hancur tau tak. Tak macam kau, maintain A puhlasss .. Dari awal sampai hujung tahun.”
            “Apa aje lah..”
            Kaki dihayun pantas menuju ke Dewan Kuliah 4. Dah terlambat ni sebenarnya. Risau juga kalau Miss Melyssa tu angin rebut taufan.
            “Headphone kau…”
            “Huh? Kenapa? Stylo kan?”
            Krun buat muka menyampah. “Tolonglah. Stylo lah teramat sangat dengan baju kurung bertudung pakai headphone besar macam tu. You know, pelik sangat!”
            “Pelik ke? Aku rasa biasa aje pun..”
            “Kau rasa biasa ae? Dengan berbaju kurung orang nampak ayu.. sekali lihat dengan headphone yang besar macam minah backstreet pun ada..”
            “At least, aku tak kacau orang.”
            “Lantak kaulah Hana!”
            Pintu Dewan Kuliah yang berlekat nombor 4 itu ditolak. Kelihatannya kerusi-kerusi sudah hampir penuh dengan para pelajar. Tapi, masih belum nampak batang hidung pensyarah lagi. Hana dan Krun mengambil tempat di belakang sekali.
            Beberapa saat, Miss Melyssa melangkah masuk dengan muka yang agak tegang. Ucapan selamat dari pelajar-pelajar yang duduk di hadapan pun dia buat tidak peduli.
            “Aku terhidu smelly fish. Something not right will happen. Baik kau bukak awal-awal headphone kau dan letak tepi. Tak pasal-pasal headphone kau tu boleh jadi asbab untuk dia marah. Nampak macam mood dia tengah menstrual cycle tu..”
            Betul. Wajah Miss Melyssa agak mencuka dan seperti bersedia menembak dengan Bazooka nya. Headphone dilepaskan dan diletakkan di kerusi sebelah yang tidak berpenghuni…
           
Hana mencari di seluruh biliknya. Tetap juga tidak ada.
Bencana. Bencana. Bencana. Di mana pula diletaknya MP3 dan headphone yang sudah dia ibaratkan seperti nyawanya itu?? Dalam hati dia menyumpah-nyumpah kecuaiannya sendiri. Memang ingatan ni tak boleh pakai betullah. Cepat sangat nak lupa.
            Tidak habis-habis Hana mengeluh mencari di sana-sini. Sudahlah beratus lagu favourite dia ada di dalam MP3 itu tanpa menyimpannya di dalam apa-apa bentuk storage pun. Jenuhlah dia mahu men-download semula kesemua lagu itu kalau MP3 nya itu benar-benar hilang
            “Cari apa dari tadi?”
            “MP3..” jawab Hana tanpa menoleh.
            Helenn menggeleng kepalanya berkali-kali. Dari tadi dia melihat Hana sibuk tercari-cari sesuatu. “Last sekali pakai bila?”
            “Tadi pagi kot.. Kot lah. Tak berapa nak ingat.”
            “Tak ingat pulak? Dah cari dalam poket baju kurung tadi pagi?”
            Keluhan panjang dilepaskan. “Dah.. Tak ada jugak..”
            Helenn menutup buku Fiqh Wanita yang dibacanya dari tadi. “Mungkin tertinggal di mana-mana?”
            Tangan Hana terhenti dari meraba-raba laci almarinya. Mungkin juga.. Tapi.. Mintaklah dijauhkan. Kalau betullah dia tertinggalkan MP3 nya di mana-mana mintaklah yang menjumpai itu orang yang ada rasa tanggunjawab sikit nak mengembalikan semula. Janganlah dijumpakan dengan orang yang punya akal, dia jumpa dia punya. Itu orang tak betul namanya.
            “Haih… Macam ni tak tidur malam lah aku, Helenn..”
            “Sampai macam tu sekali??”
            Hana mengangguk lemah. “Kau bukan tak tahu benda tu dah macam nyawa aku..”
            “Parah tu Hana kalau benda tu dah jadi macam nyawa kau sendiri..”
            “Macam kau tak tengok sendiri, benda tu dengan aku hampir setiap masa kan? Cuma ke tandas aje tak…”
            Helenn senyum. “Kenapa kau rasa macam tu? Apa yang buat kau rasa MP3 tu special sangat?”
            Hana terduduk penat di atas lantai. Rambutnya dilibas ke belakang. “Aku rasa tenang je bila layan lagu-lagu yang aku minat tu. Taklah stress kebosanan. Taklah aku rasa tension memanjang.”
            “Kau tension ke?” Helenn mengerutkan dahinya. Tak tahu pula dia selama ni Hana tension. Allah, keadaan roomatenya sendiri pun dia tidak ambil berat.
            “Mestilah tension kalau sorang-sorang kat bilik ni. Sunyi tahu. Tak ada teman nak bawak bercerita. Meja , kerusi , dindint tu manalah pandai bercakap.”
            Helenn dipukul sedikit rasa bersalah. Tak sangka ketiadaannya di bilik membuatkan Hana terasa sunyi. “Kau langsung tak jalan ke mana-mana ke?”
            Hana menggeleng laju.
            “Maaf..”
            “Eh, Helenn! Lepaklah.. Aku faham kau busy..”
            Helenn bangun dari kerusinya. Dia melabuhkan punggungnya di tepi Hana di lantai. “Kau tenang dengan mendengar lagu itu, Hana?”
            “Bolehlah.. At least aku terhibur..”
            “Kau tahu, ada cara lain lagi untuk menenangkan diri?”
            “Mestilah tahu… Ini cara aku dan aku tahu banyak lagi cara yang orang lain guna. Masing-masing ada cara masing-masing kan?”
            Helenn tersenyum. “Betul.. Tapi cara yang satu ini, semua orang pun guna..”
            Hana pasang muka blur. “Apa dia?”
            “…Ingat Tuhan..”
            Gulp! Hana terasa agak tertampar. Betul. Ingat Tuhan. Tapi entahlah. Sudah berapa lama dia tidak mengingati Tuhan. Apatah lagi menyebut nama Tuhan. Jauh sekali untuk sujud pada Tuhan. Kenapa ya? Entahlah. Mungkin hatinya ini masih keras. Keras kerana peristiwa dahulu itu.


“…hati mereka menjadi tenteram dengan
Mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan
Mengingati Allah hati menjadi tenteram.”
Ar-Ra’d : 28


...Previous / Next ...

No comments: